PSG Tawarkan RM230 Juta Kepada Man Utd Sambar Harry Maguire
Eropah
Manchester United
Advertisements

Gergasi Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) sedia berbelanja besar lagi apabila mahu menawarkan RM230 Juta bagi mendapatkan khidmat kapten Manchester United, Harry Maguire.

Pemain berusia 30 tahun itu hilang tempatnya kepada Lisandro Martinez yang juga merupakan pemenang Piala Dunia Qatar 2022 pada musim ini.

Beliau dilihat hanya dapat membuat satu penampilan daripada 8 perlawanan terakhir Manchester United sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Advertisements

Spekulasi kembali bertiup kencang dari Kota Paris apabila bekas bintang Leicester City itu menjadi sasaran utama kelab yang berpangkalan di Perancis itu.

Sungguhpun ada cubaan untuk membawanya pada bulan Januari, Maguire dijangka akan meninggalkan United pada jendela musim panas ini.

Advertisements

PSG juga dikatakan sanggup memenuhi tuntutan gajinya sebesar RM900 Ribu seminggu untuk membawanya ke kelab.

Kontrak Maguire masih lagi berbaki dua tahun namun PSG dilihat terdesak untuk memantapkan pasukan setelah tersingkir daripada saingan UCL musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram