PSM Akui Tak Cukup Masa Punca Padang SNBJ Rosak Teruk
Piala Malaysia
Hrhcrownprinceofjohor
Advertisements

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akui tak cukup masa untuk memulihkan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan digunakan di pentas final Piala Malaysia 2023 malam ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PSM pada semalam, mereka memaklumkan bahawa berlaku kekangan waktu untuk memulihkan keadaan selepas daripada penganjuran konsert Coldplay. Ia telah membantutkan sedikit sebanyak proses membaiki padang pada tahap yang lebih baik.

“PSM tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas Konsert Coldplay yang telah berlangsung pada 22 November 2023 yang lalu.”

Advertisements

PSM bagaimanapun tekad untuk lebih komited dalam memastikan kondisi padang berada pada tahap optimum dalam apa jua aksi bola sepak pada masa akan datang.

“PSM komited melakukan penambahbaikan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan acara-acara di SNBJ pada masa hadapan,” kata PSM.

Johor Darul Ta’zim bakal berdepan Terengganu pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram