PSM Makassar Rancang Kejutkan KL City
Dunia
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares yakin anak buahnya akan berusaha semaksimum mungkin dalam aksi sulung Kumpulan H Piala AFC menentang Kuala Lumpur City FC (KL City) malam esok.

Tavares berkata walaupun dibarisi rata-rata pemain muda, PSM Makassar sudah bersedia menghadapi KL City yang dianggap sebuah pasukan yang mempunyai barisan pemain berkualiti tidak kira pemain tempatan mahupun pemain import.

“Piala AFC merupakan pertandingan yang baik dan para pemain perlu beraksi dengan baik kerana kami bukan sahaja mewakili PSM Makassar tetapi kami juga mewakili Indonesia.

Advertisements

“Pasukan lawan (KL City) adalah sebuah pasukan yang kuat. Mereka memiliki pemain tempatan yang baik dan mempunyai pemain import yang baik. Saya melihat mereka tewas 0-2 dalam perlawanan terkini mereka namun mereka dibolosi dengan dua gol dari luar kotak penalti.

“Kami sedang membina pasukan dengan dibarisi ramai pemain muda, tetapi esok tetap 11 pemain menentang 11 pemain. Kami akan cuba cipta kejutan,” jelas Tavares di dalam sidang media sebentar tadi.

Dalam pada itu, pemain PSM Makassar, Rasyid Bakri laung amaran bahawa mereka tidak akan berasa gentar untuk menentang KL City esok.

Advertisements

“Untuk perlawanan esok, kami sudah bersiap sedia untuk pamerkan permainan terbaik kami. Kami mahu memberikan usaha semaksimum mungkin demi PSM Makassar dan Indonesia.

“Seperti yang diketahui KL City merupakan tuan rumah namun kami tidak gentar untuk beraksi sebaik mungkin esok,” luah Rasyid Bakri yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Indonesia.

Selepas menentang KL City, PSM Makassar akan mengakhiri aksi kumpulan Piala AFC dengan menentang kelab Singapura, Tampines Rovers pada 27 Jun manakala KL City pula akan berdepan Tampines Rovers pada 30 Jun udalam aksi terakhir kumpulan H.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram