PSSI Tabur Duit Bonus RM445,000 Selepas Layak Ke Piala Asia 2023
Dunia
PSSI
Advertisements

Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) mengukumkan inisatif sebanyak RP 1,5 miliar iaitu bersamaan dengan RM 445,00 kepada para pemain Indonesia susulan kejayaan mara ke pentas Piala Asia.

Para pemain skuad kendalian Shin Tae-yong ini juga baru sahaja tiba daripada saingan Kelayakan Piala Asia yang berlangsung di Kuwait semalam.

Pasukan bimbingan jurulatih kelahiran Korea Selatan ini juga cemerlang untuk meloloskan diri daripada Kumpulan A dengan pungutan sebanyak 6 mata dan menjadi salah sebuah pasukan dengan kedudukan kedua terbaik.

Advertisements

Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan turun bersama-sama Exconya iaitu Haruna Soemitro dan Sekjen Yunus Nusi turun untuk menyambut ketibaan skuad Merah Putih di Bandara Soekarno Hatta, Tangerang.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih dan juga rasa syukurnya kerana telah berhempas pulas untuk mencipta kejayaan dan fenomena buat bola sepak Indonesia.

“Alhamdulillah timnas Indonesia sudah mendarat di Tanah Air.”

Advertisements

“Terima kasih kepada seluruh pemain dan juga barisan kejurulatihan yang sudah berjuang untuk Indonesia dan mara ke Piala Asia 2023.”

Beliau juga turut berbesar hati untuk mengumumkan ganjaran lumayan buat seluruh pasukan Indonesia atas kejayaan yang penuh bermakna ini.

Iriawan turut berharap agar persembahan yang ditampilkan ini mampu untuk dikekalkan menjelang temasya Piala Asia tahun depan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram