Dunia
Muhammad Sanusi Md Nor
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhamad Sanusi bin Md Nor baru-baru ini telah memuatnaik satu video yang memaparkan kebolehan beliau bermain bola sepak.

Walaupun sudah menjangkau umur 48 tahun pada tahun ini, Sanusi jelas sekali tidak kekok bermain bola malah sekali sekala mempamerkan aksi luar biasa persis pemain Paris Saint Germain (PSG), Lionel Messi.

Lebih menarik perhatian, Sanusi juga memuat naik video tersebut dengan menggelarkan beliau sebagai Lionel Nussi dan meletakkan kapsyen dalam loghat Kedah iaitu ‘Boleh kot tegha tu noh’ yang bermaksud ‘Boleh rasanya tahap ni kan’.

Advertisements

Video yang dimuatnaik itu merupakan aksi Sanusi dalam sebuah perlawanan persahabatan yang menemukan pasukan Menteri Besar (MB) yang bertemu dengan pasukan Setiausaha Agung Pas (SUA) dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Daerah Sik.

Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga dilihat beraksi dalam perlawanan tersebut di mana beliau beraksi untuk pasukan MB.

image 3 Puas Hati, Aksi Lengkap Sanusi Bermain Bola, Macam Messi
Aksi Tan Cheng Hoe. Kredit foto facebook Muhammad Sanusi Md Nor

Nama Sanusi semakin hangat diperkatakan pada tahun ini apabila kerap kali mengeluarkan kenyataan mengenai senario bola sepak tanah air. Bukan sahaja itu, ‘rival’ diantara beliau dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail juga sentiasa menjadi perhatian peminat bola sepak negara.

Advertisements

Video penuh aksi Sanusi di padang boleh ditonton di bawah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram