Pulisic Beri Bayangan Tinggalkan Chelsea
Dunia
david s.bustamante/getty images
Advertisements

Pemain yang digelar ‘Captain America’, Christian Pulisic memberi bayangan akan meninggalkan Chelsea FC selepas memadam tulisan Chelsea di bio akaun Instagram miliknya harini ini.  

Bukan itu sahaja, pemain muda ini turut menukar gambar akaun Instagramnya kepada gambar lain yang mana sebelum ini dilihat dengan jersi Chelsea.

Hal ini kerana aksi kurang konsisten yang ditampilkan oleh bekas pemain Borussia Dortmund sepanjang saingan musim 2021/22 ini.

Advertisements

Beliau mendapat beberapa kritikan daripada sebahagian peminat Chelsea oleh kerana selalu gagal menyempurnakan peluang yang dimilikinya untuk mengubah keputusan perlawanan.

Menurut wartawan terkenal, Fabrizio Romano di Caught Football, beliau menyatakan Pulisic bakal adakan perbincangan bersama pihak kelab mengenai masa hadapannya. Namun, keutamaanya tetap kepada Chelsea setakat ini. 

Pemain berusia 23 tahun ini masih lagi mempunyai baki 2 tahun kontrak bersama Chelsea. Beliau pasti mahu konsisten sebagai pemain kesebelasan utama pasukan jika diberi peluang.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram