Punca Azeem Fahmi Tarik Diri Mengejut Terjawab
UltraSukan
Azeem Fahmi
Advertisements

Punca pelari pecut negara, Azeem Fahmi menarik diri ketika Kejohanan Jemputan Dalam Dewan Clemson Tiger Pow 2024 akhirnya diketahui.

Perkara ini dikongsikan jurulatihnya sebelum ini, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah ketika diminta mengulas mengenai keadaan Azeem.

Beliau berkata pelumba berusia 20 tahun itu hanya mengalami kekejangan otot biasa dan status kecederaannya tidak ditahap yang membimbangkan.

Advertisements

“Kejang otot (cramp), (tetapi) tidak serius,” katanya yang pernah melatih Azeem sebelum ini.

Ketika kejohanan tersebut, Azeem berjaya menamatkan aksi separuh akhir saingan 2 di kedudukan kedua dengan catatan masa 6.65 saat, 0.03 saat dibelakang pelari dari Amerika Syarikat (AS), Kasaun James.

Keputusan ini menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou 2023 ini layak ke pentas final acara 60 meter kejohanan tersebut.

Advertisements

Namun, malang menimpa apabila Azeem terpaksa mengambil keputusan untuk tidak memulakan perlumbaan (DNS) akibat kecederaan yang dialami.

Azeem yang kini menuntut di Amerika Syarikat sambil berlatih di Auburn University kini dalam persiapan untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram