Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan menyatakan bahawa pusat latihan moden dengan tujuh buah padang bakal dibina khas buat Timnas Indonesia.
Menurut CNN Indonesia, Ketum PSSI pada mulanya hanya memohon tiga padang latihan.
Akan tetapi Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu menyediakan tujuh buah padang latihan Moden buat Timnas yang akan dibina di Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara.
“Presiden mahu kemudahan lengkap di pusat latihan Pasukan Kebangsaan Indonesia. Beliau mahu tujuh padang, lengkap dengan kolam renang dan kemudahan lain,” kata Iriawan.
Tambah Iriawan, seluruh padang yang akan dibina memerlukan masa dalam satu tahun setengah dan mengenai lokasi akan ditentukan oleh Presiden kelak.
“Untuk masa yang kita lihat, Yang Dipertua berkata ia perlu siap dalam tempoh setahun setengah. Mengenai lokasi, mungkin bulan ini kita perlu ke sana kerana kita perlu menyahut kehendak presiden,” katanya.
Beliau yakin ianya bakal memberi banyak manfaat untuk masa depan bola sepak Timnas Indonesia.
“Nak dibina dan disiapkan, satu tahun hingga setahun setengah sudah siap. Untuk kegunaan, saya mahu semua pasukan negara di sana. Ada tujuh padang, jadi cukuplah, boleh fokus,” kata Iriawan.