Pusat Latihan Baharu Skuad Kebangsaan Singapura Mengiurkan
Dunia
FA Singapore
Advertisements

Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) telah menyediakan kemudahan baharu buat skuad bola sepak kebangsaan Singapura.

Pusat latihan yang baru dibina dan tersergam indah itu telah diberi nama Kallang Football Hub (KFH). Ia bukan sahaja digunakan buat skuad utama Singapura, malah ia turut dimanfaatkan buat skuad wanita, skuad junior Singapura.

Kallang Football Hub memiliki satu padang rumput semulajadi bersaiz penuh, dua padang rumput tiruan bersaiz penuh, satu padang bersaiz separuh untuk perlawanan lima atau tujuh penjuru dan ia turut dimuatkan dengan empat padang Futsal. tertutup.

Advertisements

Menurut satu hantaran yang dikeluarkan oleh FAS, padang KFH ini juga akan digunakan dan dimanfaatkan untuk tujuan program-program komuniti di Singapura. 

Usaha Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) ini dalam membangunakan fasiliti serba indah ini wajar sekali dipuji ke arah usaha mereka meningkatkan mutu bola sepak dan menambah ruang latihan untuk pembangunan bola sepak di Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram