Anak Puting Beliung Hadir Di Padang Dan Aksi Berani Pengadil
TV
Advertisements

Dalam satu perlawanan bola sepak awal minggu ini di Bolivia, berlaku satu kejadian mendebarkan di mana angin puyuh atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil sebagai whirlwind hadir semasa perlawanan ingin dimulai.

Angin puyuh ini lantas berpusing-pusing menyedut pasir dan beberapa objek di sekitarnya lantas hadir ke tengah padang.

Para pemain pada mulanya kelihatan sangat berani kerana mereka tahu ini hanyalah angin puyuh dan bukannya puting beliung.

Advertisements

Namun akhirnya, semua berkelimpangan lari setelah angin puyuh ini mula membesar dan mengganas.

Paling menarik perhatian adalah reaksi pengadil dengan baju warna merah jambu masih kekal utuh seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Syaitan debu atau angin puyuh ini sering disalah anggap sebagai puting beliung yang terbentuk sebagai sebahagian daripada ribut petir dan dihubungkan ke awan.

Advertisements

Saksikan kejadian ini yang dirakamkan semasa satu kejohanan kecil di Achocalla, Bolivia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram