Quang Hai Sah Perkuat Vietnam Untuk Piala AFF
Asia Tenggara
AFC
Advertisements

Pemain bintang Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan sudah tiba di Hanoi untuk membantu perkuatkan pasukan Vietnam melalui kempen Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijadualkan bermula 20 Disember depan.

Quang Hai yang juga pemain kelab Pau FC di Liga Divisyen 2 Perancis dilaporkan sudah berlatih bersama jurulatih kecergasan peribadinya seperti yang disarankan Pau FC. Jadi jurulatih Vietnam, Park Hang-seo benar-benar yakin mengenai kemampuan Quang Hai apabila menyarung jersi Vietnam.

Dikhabarkan Quang Hai telah turun ke sesi latihan pertamanya bersama pasukan petang semalam. Selepas bermain untuk Pau dalam Ligue 2, penampilan pemain tengah yang sinonim dengan jersi bernombor 19 ini sudah pasti mencipta suasana mengujakan dalam pasukan Vietnam.

Advertisements

Quang Hai akan menjalani latihan selama seminggu bersama pasukan sebelum memulakan kempen Piala AFF menentang Laos, pada 21 Disember. Walaupun hanya bertemu Laos, mungkin Park Hang-seo akan menggunakan skuad terkuat, termasuk Quang Hai.

Pada edisi Piala AFF yang lalu, langkah Vietnam terhenti di separuh akhir apabila ditewaskan Thailand dengan agregat 2-0. Vietnam adalah antara pasukan yang menurunkan pasukan terkuat mereka di Piala AFF tahun ini selain Indonesia dan Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram