Ads
Serie A
A.C. Milan

Penyerang berbisa A.C. Milan, Rafael Leao menyifatkan kejayaan menjulang trofi seperti Liga Juara-Juara Eropah (UCL) lebih penting daripada gaji bernilai €10 juta (RM49 juta).

Advertisements

Leao berpandangan sedemikian kepada majalah GQ selepas diminta mengulas perpindahan ramai bintang dunia dan Eropah ke Timur Tengah terutama Arab Saudi pada musim panas yang lalu.

Advertisements

Baginya, pencapaian trofi besar Eropah dilihat lebih memuaskan lebih-lebih lagi pada usianya yang baru mencecah 24 tahun.

Advertisements

Advertisements

Justeru, Leao berharap dapat meraih trofi bersama Rossoneri selepas membantu mereka ke separuh akhir UCL musim lepas.

“Cadangan dari liga Arab Saudi? Pada saya, UCL jauh lebih bernilai daripada gaji €10 juta (RM49 juta). Saya masih belum capai apa-apa keputusan yang hebat yang membolehkan saya menerima tawaran ke liga berkenaan.

Advertisements

“Saya fokus untuk melakukan banyak perkara hebat bersama A.C. Milan. Inilah sebab saya menandatangani kontrak baru beberapa bulan lepas,” katanya seperti dipetik wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Menariknya, pendirian sama juga yang mendorong bekas penjaga gol Manchester United, David de Gea menolak tawaran dari Arab Saudi biarpun cuba dipujuk bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo.

Serie A musim ini menyaksikan Rossoneri menduduki tangga kedua liga di belakang pendahulu liga dan musuh tradisi, Inter Milan. Kedua-dua pasukan hanya dipisahkan tiga mata.

Advertisements

Leao telah membuat lima penampilan dalam Serie A musim ini untuk A.C. Milan. Dalam lima perlawanan berkenaan, beliau telah menjaringkan tiga gol dan merekodkan satu bantuan gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram