Rahadiazli Akui Terkilan
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Penjaga gol muda Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim mengakui sedikit terkilan kerana tidak dapat membantu Terengganu menjulang sebarang piala musim ini.

Pemain berusia 21 tahun itu buat pertama kalinya tercalon dalam kategori Penjaga Gol Terbaik di Liga Super mengakui berasa teruja dan gembira apabila tercalon bersama-sama Syihan Hazmi dan juga Kalamullah Al-Hafiz.

Mengulas lanjut, anak jati kelahiran Terengganu ini percaya dengan rezeki yang dimiliki selepas diuji dengan kecederaan panjang pada musim lalu.

Advertisements

“Berada dalam kalangan tiga terbaik buat pertama kali sudah membuatkan saya gembira dan ini dianggap satu anugerah untuk diri saya selepas berehat panjang musim lalu.”

“Alhamdulilah, saya kembali diberi ruang untuk bermain dan saya mahu ucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan kata-kata semangat.”

Namun begitu, penjaga gol tinggi lampai ini kecewa selepas terlepas peluang untuk menjulang sebarang piala selepas berjaya maea ke pentas akhir Piala FA.

Advertisements

“Saya sedikit terkilan bagi musim ini kerana tidak dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu trofi pulang ke bumi Terengganu dan mahu terus belajar untuk jadi yang terbaik,” katanya kepada MFL.

Beliau dijangka terus menjadi sandaran pasukan sungguhpun kini berada di bawah tampuk kejurulatihan baharu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram