‘Tangan Emas’ Rahadiazli Buktikan Kalibernya Ketuai Benteng Terakhir Harimau Malaya
MakanBola
Terengganu FC

Ketangkasan penjaga gol muda pasukan Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim terus membawa kejayaan buat pasukannya apabila menjadi watak penting dalam kemenangan malam semalam.

Pemain berusia 21 tahun itu sedang menikmati prestasi terbaiknya selepas kembali dari siri kecederaan panjangnya sebelum ini.

Ad

Sebelum ini, beliau menampilkan aksi yang sangat memberangsangkan ketika pasukannya turun menentang juara bertahan, JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Penjaga gol muda kebangsaan ini menjadi watak penting apabila berjaya melakukan beberapa penyelamatan penting untuk memastikan pasukan kendalian Nafuzi Zain tidak dikecewakan dengan begitu teruk.

Kali ini, beliau tampil dengan satu lagi aksi memberangsangkan untuk memastikan pasukannya memperoleh 3 mata penuh di laman sendiri.

Ad

Beliau juga dipaksa untuk melakukan beberapa usaha menggagalkan barisan serangan Sarawak Unied untuk menjaringkan gol.

Ad

Ketenangan dan juga kematangannya untuk terus mengemudi benteng terakhir Terengganu bakal menjadi aset terbaiknya untuk menambat hati Kim Pan-gon.

Ad

Dengan usia yang masih muda, Rahadiazli dilihat sebagai calon terbaik untuk mengemudi Harimau Malaya dalam jangka masa panjang.

Kim Pan-gon yang sebelum ini sudah pun memanggil beliau sebelum terpaksa diketepikan disebabkan positif COVID-19 kini berada pada landasan terbaik untuk merebut semula tempatnya.