Rahadiazli Idam Sarung Jersi Kebangsaan
Dunia
FAM
Advertisements

Penjaga gawang muda Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim menyatakan hasrat mahu beraksi dalam kelima-lima kejohanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan musim ini.

Penjaga gol kelahiran Kuala Terengganu itu menjelaskan persiapannya tahun ini mahu bermain seperti biasa dan tidak mahu cedera lagi seperti sebelum ini.

Dalam pada itu, Rahadiazli turut akui banyak perkara yang harus diperbaiki dan perlu bekerja keras untuk kembali ke tahap yang lebih baik.

Advertisements

“Persiapan saya pada tahun ini, saya harap dapat bermain seperti biasa dan tidak mahu cedera lagi.”

“Memang ada perkara yang perlu saya baiki dari segi yang tertentu kerana sudah lama tidak bermain di dalam padang, inshaAllah saya akan bekerja keras,” ujarnya.

“Saya berharap kelima-lima kejohanan antarabangsa saya dapat beraksi bersama skuad negara musim ini.”

Advertisements

Rahadiazli bersyukur dengan kelebihan fizikal yang diberikan oleh Tuhan kepadanya dan tekad untuk menggunakan dengan sebaik mungkin untuk pasukannya.

“Setiap orang mesti ada kelebihan dan kekurangan, saya diberikan kelebihan dari segi fizikal dan inshaAllah saya akan gunakan dengan sebaik mungkin,” jelasnya.

“Sasaran saya untuk Terengganu bagi musim 2022 sudah tentu bawak balik piala dan saya berharap teruskan menyokong pasukan TFC walau apapun terjadi,” katanya kepada Harimau Malaya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram