Rahman Daud Bangga Akhirnya Dipanggil Sarung Jersi Kebangsaan
Dunia
Harimau malaya
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia/Itali, Abdul Rahman Daud optimis untuk menampilkan persembahan membanggakan dalam kejohanan Piala AFF B-19 yang bakal berlangsng di Jakarta pada 2 Julai kelak.

Penyerang berbisa Selangor FC itu menyatakan keterujaan dan berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama. Abdul Rahman turut menzahirkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada beliau.

“Pertama sekali saya nak berterima kasih kepada barisan kejurulatihan dan staf kerana ini kali pertama saya bermain bersama skuad kebangsaan. Saya rasa bangga dan saya akan buat sehabis baik untuk membantu pasukan Malaysia.

Advertisements

Graduan AMD yang berusia 18 tahun ini tekad untuk menjadi peledak utama pasukan dan menggalas tugas sebagai penyerang dengan sehabis baik.

“Ketiadaan Azhad semestinya memberi kesan kepada kami semua tapi kami ada pemain-pemain lain yang boleh mengisi tempat Azhad. Saya sebagai antara seorang antara penyerang yang menggantikan tempat Azhad akan cuba yang terbaik untuk menggalas tugas sebagai penyerang negara,” ujar Rahman ketika ditemu bual wartawan Harimau Malaya di Klia hari ini.

Skuad kendalian Hassan Sazali Mohd Waras diundi dalam saingan kumpulan B bersama pasukan Laos, Timor-Leste, Kemboja dan Singapura. Aksi pertama kejohanan ini akan bermula pada Sabtu, 2 Julai 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram