Rajagobal: Banyak Perkara Positif Berlaku Kepada Manchester United
EPL
Glenn Guan/The Star
Advertisements

Jurulatih legenda negara, Datuk K. Rajagobal menyifatkan kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Arsenal semalam tidak akan berlaku sekiranya tiada keserasian antara pengurus Erik Ten Hag dengan para pemain.

Permulaan musim EPL menyaksikan United kecundang dua kali berturut-turut. Mereka tewas kepada Brighton and Hove Albion pada perlawanan pertama sebelum dimalukan 4-0 dengan Brentford.

Dua kekalahan ini mengundang persoalan sama ada pemain-pemain Red Devils boleh serasi dengan tuntutan pengurus baru mereka Ten Hag atau tidak.

Advertisements

Tetapi selepas berjaya mengalahkan Liverpool 2-1 di Old Trafford, Manchester United berjaya menjawab persoalan berkenaan. Sejak itu, tiga lagi kemenangan direkodkan Red Devils termasuk kemenangan bergaya mereka ke atas Arsenal semalam.

Selain memuji keserasian pemain dengan gaya permainan Ten Hag, Rajagobal turut memuji kecemerlangan Christian Eriksen di bahagian tengah.

Ini kerana bekas pemain perancang Inter Milan itu bijak menghasilkan hantaran-hantaran yang mengelirukan pertahanan lawan. Ini sekaligus memberi peluang kepada barisan serangan United untuk menghasilkan gol.

Advertisements

Gabungan dua resepi ini menurut Rajagobal menjadikan Red Devils sebagai pasukan yang menghiburkan. Jika ini dapat dikekalkan, tidak mustahil Manchester United dapat mencabar kedudukan empat teratas EPL.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram