Rakyat Indonesia Mula Berubah, Izinkan Jordi Amat Sertai JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perpindahan Jordi Amat ke Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata menimbulkan rasa kurang senang segelintir penyokong bola sepak Indonesia yang seperti tidak merelakan perpindahan tersebut.

Malah ada juga ura-ura mengatakan bahawa proses naturalisasi Jordi Amat perlu dibatalkan selepas pemain pertahanan berusia 30 tahun itu mengambil keputusan untuk menyertai pasukan JDT.

Beberapa hari telah pun berlalu selepas dunia melihat perpindahan Jordi Amat ke JDT. Rakyat Indonesia juga sudah mula faham dengan situasi yang berlaku dengan sebahagian besar mereka merestui perpindahan tersebut.

Advertisements

Jika dinilai dengan lebih terperinci, beberapa faktor telah diambil kira sebelum segelintir penyokong Indonesia merestui penghijrahan Jordi Amat ke Liga Malaysia.

Anataranya adalah fasiliti bertaraf dunia yang dimiliki oleh JDT sudah pasti tidak akan menurunkan prestasi berkualiti yang dimiliki oleh Jordi Amat. Bukan sahaja itu, latihan berintensiti tinggi yang ada di JDT juga akan membantu Jordi Amat mengekalkan malah meningkatkan lagi kualiti permainan beliau.

Peluang beraksi di pentas tertinggi Asia iaitu di kancah Liga Juara-Juara Asia (ACL) juga menjadi faktor utama yang berjaya membuatkan para penyokong Indonesia bersetuju dengan perpindahan Jordi Amat ke JDT.

Advertisements

Seperti yang kita ketahui JDT berjaya mara ke peringkat kalah mati ACL dan kehadiran Jordi Amat sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kekebalan barisan pertahanan JDT. Jordi Amat akan berhadapan dengan kelab-kelab gergasi dari rantau Asia dan dari situ, beliau akan menunjukkan kualiti yang dimiliki sekaligus bersedia untuk dipanggil ke skuad kebangsaan Indonesia apabila diperlukan kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram