Rakyat Indonesia Puas Hati Saddil Ramdani Cemerlang Di Liga Super Malaysia
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Jaringan menarik dari Saddil Ramdani dalam aksi Liga Super yang mempertemukan pasukan tuan rumah Selangor FC dan pasukan Sabah FC ternyata menjadi bualan peminat bola sepak Indonesia. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Gol yang dihasilkan Saddil Ramdani itu membuktikan bahawa beliau mempunyai skil individu dan kawalan bola yang baik sehinggakan beliau berjaya memperdaya dan melepasi kawalan ketat pertahanan kiri Selangor, Fazly Mazlan.

Rata-rata penyokong dari Indonesia juga berpuas hati dengan aksi Saddil semalam dan ada yang menganggap bahawa pemain berusia 23 tahun itu layak untuk mengembangkan karier bola sepak di Jepun, Thailand mahupun di eropah.

Advertisements

Gol Saddil itu terhasil pada minit ke-53. Terhasilnya gol itu adalah selepas Saddil memulakan gerak solo dari sayap kanan, memperdaya Fazly Mazlan dan melepaskan rembatan deras untuk gol penyamaan buat Sabah.

Namun begitu ada penyokong dari Indonesia yang melihat prestasi cemerlang beliau di Sabah tidak berjaya diterjemahkan ke dalam skuad kebangsaan Indonesia.

Selepas diteliti, ternyata Saddil memainkan posisi yang berbeza ketika bersama pasukan kebangsaan Indonesia yang mana beliau beraksi di bahagian sayap kiri manakala di Sabah, beliau beraksi di sayap kanan dan akan memberikan ancaman kepada pertahanan dengan menyusup masuk ke dalam kotak penalti lawan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram