Rakyat Indonesia Sambut Baik Harimau Malaya Mara Ke Piala Asia 2023
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Para penyokong Indonesia menzahirkan rqsa bangga dan teruja apabila turut berkesempatan melihat Harimau Malaya mara ke Piala Asia 2023.

Hal ini bertitik tolak daripada sokongan yang tidak berbelah bahagi ditunjukkan oleh para penyokong Malaysia yang berkesempatan untuk melihat pertembungan antara Indonesia dan Nepal.

Malah, pasukan kendalian Shin Tae-yong juga berjaya meraih kemenangan yang cukup selesa apabila membelasah Nepal dengan keputusan 7-0.

Advertisements

Gol-gol timnas Indonesia telah dijaringkan oleh Dimas Drajad (6’) dan Witan Sulaeman (43 dan 81′) Fachruddin Aryanto (54’), Saddil Ramdani (55’), Elkan Baggott (80’), dan Marselino Ferdinan (90’).

Sungguhpun begitu, Malaysia turut meraikan malam gemilang semalam apabila membelasah Bangladesh dengan keputusan 4-1 sekaligus mengiringi perjuangan negara ASEAN bersama Indonesia, Thailand dan juga Singapura.

Ini juga mendapat perhatian oleh Penasihat Penyokong Indonesia di Kuwait yang berbangga dengan pencapaian kedua-dua pasukan.

Advertisements

“Luar biasa, sokongan yang tidak berbelah bahagia penyokong Indonesia di Kuwait juga jiran serumpun Malaysia mewarnai kemenangan bersejarah di Kuwait di Jaber Al-Ahmad International Stadium.”

“Kita berjaya mencatat keputusan 7-0 menentang Nepal.”

Hal ini juga telah menamatkan penantian kedua-dua pasukan untuk layak ke Piala Asia secara merit selepas 15 tahun ketika kali terakhir pada tahun 2007 sebagai tuan rumah.

Advertisements

Indonesia dan juga Malaysia mempunyai misi yang sama untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak di rantau ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram