Rakyat Malaysia Serang Kim Pan-gon
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kecemerlangan aksi pasukan negara di bawah kendalian jurulatih baharu Kim Pan-gon mendapat reaksi pelbagai oleh seluruh warganegara Malaysia baru-baru ini.

Malah, laman sosial rasmi Instagram jurulatih kelahiran Korea Selatan ini diserang oleh ribuan komen oleh penyokong tegar Harimau Malaya susulan aksi luar biasa yang ditampilkan oleh anak buahnya.

Pada hantaran terbaru Pan-gon kira-kira 3 bulan lalu, beliau sedang melalui fasa untuk mengenali para pemain dan membentuk identiti terbaik buat pasukan kebangsaan.

Advertisements

Buktinya, Malaysia beraksi dalam kelas tersendiri apabila berjaya menjadi naib juara sekaligus layak ke pentas Piala Asia.

Para penyokong kelihatan begitu terharu dan berbangga dengan pencapaian luar biasa ini lalu menitipkan komen murni buat bekas jurulatih Hong Kong ini.

Rata-rata daripada mereka mengucapkan jutaan terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan untuk terus memacu kegemilangan bola sepak Malaysia.

Advertisements

Kata Azam, beliau melihat jurulatih itu telah sedaya-upaya melakukan tugasnya sebaik mungkin.

“Terima kasih coach Kim Pan-gon, anda telah melakukan tugas yang baik.”

Selain itu, terdapat juga komen yang mahu melihat intensiti dan kualiti permainan Malaysia dipertingkatkan dengab adanya perlawanan persahabatan dengan kelas tertinggi di Asia.

Advertisements

“Coach (Pan-gon), tolong adakan lebih banyak perlawanan persahabatan selepas ini,” kata Hadi pada ruangan komen tersebut.

Secara keseluruhannya, Malaysia telah pun mencatatkan keputusan 2 menang dan 1 kalah sekaligus melayakkan kita ke Piala Asia selain menamatkan penantian selama 42 tahun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram