Ramalan Awal Yusri Che Lah Benar-Benar Jadi Realiti
Piala Malaysia
Perak FC
Advertisements

Ramalan awal yang difikirkan oleh ketua jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah akhirnya menjadi realiti selepas pasukannya dihukum hebat pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Pertemuan berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), menyaksikan pasukannya bergelut untuk mempamerkan persembahan terbaik di gelanggang lawan.

Pesta gol JDT bermula pada babak pertama selepas pemain sayap sensasi, Arif Aiman Hanapi berjaya mengelirukan pertahanan lawan sebelum dua gol lagi menyusul oleh Bergson dan Heberty.

Advertisements

Yusri sudah pun meramal lebih awal perkara seperti ini akan berlaku ketika The Bos Gaurus berdepan lawan yang cukup hebat.

“Seringkali saya cakap, JDT akan datang, datang dan datang. Mereka (JDT) kerap menjaringkan gol pada 20 minit awal terutamanya kepada di hadapan penyokong sendiri.”

Advertisements

“Apa yang saya boleh katakan, kita akan cuba kerana ini peluang mana-mana pasukan ke final,” ujarnya kepada Astro Arena.

JDT akan menanti kunjungan Terengganu bagi aksi final Piala Malaysia yang dijangka bakal menjadi tumpuan para peminat bola sepak tanah air.

Advertisements
@fariszukeiman

KL City cuba mencari jalan terbaik selesaikan kemelut pasukan. 🥲✍️ Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #ligasupermalaysia #KLCity #KhalidSamad

♬ original sound – faris.z – faris.z
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram