Ramuan Sama Akan Digunakan Hassan Sazali Di Final AFF U19
Dunia
MPI/Aldhi Chandra Setiawan
Advertisements

Biarpun tewas kepada Laos dalam aksi terakhir kumpulan Piala AFF Bawah 19 tahun tempoh hari, namun ianya tidak boleh menjadi ukuran kemampuan sebenar anak-anak buah Hassan Sazali Waras ini.

Bakal berdepan lawan yang sama di aksi final malam ini, Hassan Sazali menegaskan bahawa Laos sebenarnya lebih bersedia untuk menghadapi kejohanan ini namun beliau tetap optimis para pemain Malaysia mampu cipta keputusan positif malam ini.

“Laos adalah pasukan yang cukup bersedia dalam pertandingan ini, mereka bercita-cita tinggi dan mereka sedang membuat persiapan untuk kelayakan Piala Asia Bawah 20 tahun 2023 di mana mereka akan menjadi tuan rumah pada bulan September ini. Mereka sudah lama membuat persiapan untuk pertandingan tahun ini.

Advertisements

“Laos bukan lagi pasukan belasahan di rantau ini. Laos telah berjaya dengan pembangunan belia mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ianya membuahkan hasil.

“Bagi kami, kami terpaksa menggilirkan pemain di peringkat kumpulan untuk memastikan semua pemain cergas. Barisan terbaik kami ialah ketiika menentang Vietnam, dan mereka sudah bersedia menentang Laos di final,” jelas Hassan kepada NST.

Hassan juga berpendapat penerapan taktikal sama akan digunakan sama seperti mana mereka menewaskan Vietnam dalam aksi separuh akhir tempoh hari. Corak taktikal bertahan dan melakukan serangan balas akan menjadi aset berguna buat skuad Malaysia.

Advertisements

“Saya melihat bahawa corak permainan Laos adalah sama dengan Vietnam dengan permainan serangan pantas mereka. Mereka juga cepat beralih ke pertahanan apabila mereka kehilangan penguasaan bola. Kami tidak boleh bermain permainan secara terbuka menentang mereka dan kami perlu kuat dari segi pertahanan dan klinikal dengan serangan balas kami,” tegas Hassan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram