“Rancangan Besar” – Tunku Ismail
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor beri bayangan sedang merencana suatu perancangan yang besar.

Baru-baru ini, projek Revolusi Harimau Malaya hasil usaha Tunku Ismail mempamer persembahan cemerlang apabila mencatat kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Piala Asia.

Ad

Pasukan Harimau Malaya yang kendalian Peter Cklamovski berjaya menumpaskan Nepal dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim hasil jaringan pemain warisan, Hector Hevel serta Corbin Ong.

Ad

Kemenangan itu mendapat perhatian Baginda yang percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan buat pasukan dan seramai 7 lagi pemain baharu dari luar negara akan perkuat Harimau Malaya.

“Perjalanan masih jauh. Saya yakin kita akan terus mencapai kemajuan dan penambahbaikan secara berterusan dalam setiap aspek,” tulis Tunku Ismail dalam satu hantaran di X.

Ad

“Tambahan lagi, 7 lagi pemain Malaysia di luar negara akan membawa lebih banyak kualiti dan membantu pasukan.”

Ad

Tak lama kemudian, Baginda sempat memuat naik sekeping foto di Instastory yang memberi bayangan sedang mengatur satu perancangan yang besar melibatkan bola sepak negara.

Ad

Lebih menarik perhatian apabila foto itu turut terdapat kelibat pemain import JDT, Bergson Da Silva dan Shane Lowry selain beberapa individu yang wajah mereka tidak kelihatan berada bersama.

”Rancangan yang besar,” tulis Baginda ringkas.

Instastory Tunku Ismail 2 1 “Rancangan Besar” - Tunku Ismail
DYAM Tunku Ismail

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi tentang butiran rancangan itu namun dengan rekod luar biasa JDT dan visi Tunku Ismail yang jelas, penyokong bola sepak Malaysia pasti menantikan sesuatu yang besar bakal diumumkan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments