Tiga wakil Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak dalam carta ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi minggu ini.
Menerusi kemas kini ranking terbaharu yang dikeluarkan oleh Shuttlehard menyaksikan kedudukan tiga beregu lelaki utama negara melonjak berbanding minggu lalu.
Beregu yang mencatatkan peningkatan ranking itu adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei dan Choong Hoon Jian-Haikal Nazri yang kini dalam kelompok 20 terbaik dunia.
Aaron-Wooi Yik yang kini berada di Paris bagi membawa cabaran negara di Sukan Olimpik merekodkan peningkatan satu anak tangga ke kedudukan ke-3 dunia dan memintas pasangan India.
Kedudukan naib juara Asia, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei yang sebelum ini di ranking ke-14, melonjak ke tangga ke-13 dunia untuk mengukuhkan status sebagai beregu kedua negara.
Sementara itu, kenaikan turut direkodkan pasangan muda, Choong Hon Jian-Haikal Nazri setelah tampil cemerlang dalam beberapa kejohanan terdahulu sekaligus memotong kedudukan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi di tangga ke-19.
Ranking pertama bagi acara beregu lelaki masih dipegang oleh Liang Wei Keng-Wang Chang dari China sambil diikuti oleh pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Rasmussen di tempat kedua.