Advertisements
Ranking FIFA: Indonesia Bakal Pintas Malaysia Dengan Satu Cara
Asia
MakanBola
FA Malaysia/PSSI

Indonesia berpeluang untuk memintas kedudukan Malaysia setelah mengharungi kempen yang cukup cemerlang di pentas Piala Asia AFC 2023.

Skuad kendalian Shin Tae-yong bermula agak sumbang selepas tewas kepada Iraq dengan keputusan 3-1 namun kembali bangkit untuk menundukkan Vietnam.

Kemenangan itu telah membuka jalan buat Sang Garuda menghampiri kelompok 130 dunia sekaligus memberikan tekanan kepada Malaysia dan Filipina.

Indonesia bagaimanapun kini berpeluang merealisasikan hasrat besar tersebut apabila bakal berdepan Jepun.

Indonesia ketika ini menghuni tangga ke-142 dunia dengan 1074 mata dan menghampiri kedudukan Filipina (ke-139 dunia) dan Malaysia ke-135 dunia dengan 1098 mata menurut ranking FIFA.

Sekiranya mencatatkan kemenangan berdepan Jepun, Sang Garuda akan memungut tambahan +30.94 mata untuk menjadikan mata keseluruhan menjadi 1105 mata.

Kedudukan ini menyaksikan Indonesia bakal melonjak 9 tangga ke kedudukan 133 dunia dan memintas Malaysia.

Harimau Malaya pula akan berdepan Korea Selatan bagi akai terakhir Kumpulan dengan perjalanan skuad negara sudah pun terhenti di peringkat kumpulan.