Prestasi luar biasa yang diperagakan oleh Harimau Malaya tahun ini telah membantu untuk melonjakkan ranking negara ke tangga-146 hari ini.
Anak didik Kim Pan-gon kekal dalam landasan terbaik untuk berada dalam kalangan pasukan 100 terbaik dunia apabila terus cemerlang dalam kejohanan King’s Cup bulan lalu.
Berdasarkan rangking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini, Malaysia telah melonjak dua anak tangga.
Hal ini juga telah pun dimaklumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi.
“Kemaskini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 146 dunia, berjaya naik dua anak tangga berbanding 148 pada kemas kini terdahulu, 25 Ogos 2022.”
“Kemas kini seterusnya 22 Disember 2022,” kata FAM dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia terus membuktikan keampuhan di bawah kendalian Kim Pan-gon apabila mengikat Thailand dan Tajikistan dalam perlawanan jemputan Piala Raja Thai di Chiang Mai.
Pertembungan antara yang menghadiahkan mata untuk membantu Malaysia memperbaiki ranking sekaligus berpeluang untuk memintas Hong Kong dan Lithuania kerana kedua-duanya berada pada tangga ke-144 dan 145 FIFA.
Peluang terbaik Harimau Malaya adalah pada aksi Piala AFF Mitshubishi Electric hujung tahun ini sebelum berdepan Piala Asia pertengahan tahun hadapan.