Ranking FIFA Malaysia: Malaysia Pintas St Kitts & Nevis, Kini Duduki Tangga Ke-138
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Prestasi baik yang dipamerkan Malaysia dalam kalendar antarabangsa FIFA pada Mac lepas menyaksikan negara kini mendaki kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Jika dahulu Malaysia menduduki tangga ke-145, kini kedudukan Harimau Malaya ialah di tangga ke-138.

Ini berdasarkan pengumuman terbaru ranking pasukan bola sepak dunia yang dibuat FIFA hari ini.

Dengan kedudukan terbaru ini, Harimau Malaya melonjak tujuh anak tangga dari kedudukan sebelumnya. Malah, ini membantu skuad senior negara memintas beberapa negara seperti St Kitts & Nevis, Nicaragua dan Surinam.

Advertisements

Ini turut mengulangi pencapaian ranking FIFA tertinggi Malaysia sejak Mac 2011. Pada ketika itu, Harimau Malaya turut menduduki kedudukan ke-138.

Menariknya, Harimau Malaya hanya dipisahkan 13 mata dengan Turkmenistan yang menduduki tangga ke-137. Sekiranya anak-anak buah Kim Pan-gon meneruskan kecemerlangan dengan mengalahkan Kepulauan Solomon dan Yaman dalam kalendar antarabangsa seterusnya pada Jun ini, tidak mustahil ranking FIFA negara juga akan bertambah baik.

Advertisements

Dan itu semestinya akan membantu bukan saja dari segi penentuan balang undian rasmi Piala Asia 2023. Malah, ia akan membantu Harimau Malaya mendapat undian yang lebih baik untuk pusingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram