Ranking Jordan Melonjak Tinggi, Hampiri Kelompok 60 Terbaik Dunia
Asia
Jordan FA
Advertisements

Ranking naib juara AFC Asian Cup, Jordan melonjak tinggi apabila naik hampir 14 anak tangga berdasarkan kedudukan masa-nyata FIFA.

Anak didik Husein Ammouta melalui tempoh yang cukup baik untuk mengubah nasib mereka di Qatar sungguhpun melalui kempen yang kurang cemerlang sebelum kejohanan.

Kekalahan 1-3 di tangan tuan rumah, Qatar menyaksikan hasrat untuk mencipta sejarah besar tidak kesampaian.

Advertisements

Berdasarkan kemas kini kedudukan masa-nyata FIFA, Jordan melonjak ke kedudukan 73 dunia berbanding ke-87 dunia sebelum bermula kejohanan.

Peningkatan 14 anak tangga ini juga menyaksikan Jordan kini menghampiri kelompok 60 terbaik dunia dengan 1341 mata

Advertisements

Qatar juga melonjak dengan cukup baik apabila naik ke kedudukan 21 dunia berbanding ke-37 dunia sebelum ini.

Dua pemain Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan Yazan Al-Arab menjadi antara pemain paling cemerlang sementara pemenang kasut emas Piala Asia, Akram Afif merupakan terbaik Qatar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram