(Video) Raphael Varane Terima Sorakan Lain Macam di Old Trafford
EPL
Photo: SkySports
Advertisements

Manchester United memberi kejutan kepada peminat apabila memperkenalkan world class signing, Raphael Varane di hadapan ribuan penyokong yang hadir ke stadium Old Trafford sebelum sepak mula antara Manchester United dan Leeds United. Lebih manis, United menang besar dalam perlawanan tersebut.

Varane memasuki stadium sambil memegang jersi baharu nombor 19 miliknya sekaligus menjawab persoalan peminat United selama ini tentang nombor yang bakal disarung Varane selepas Phil Jones masih memegang jersi nombor 4.

Menerima sorakan padu di stadium, momen tersebut pasti melegakan para peminat Manchester United kerana pengumuman Varane sebagai pemain rasmi Manchester United mengambil masa yang lama ekoran hak imej. Varane segak mengenakan sut malah sempat berswafoto ditengah-tengah stadium.

Advertisements

Pengenalan pemain yang agak luar biasa kali ini kerana kebiasaannya pemain baharu diperkenalkan secara rasmi dalam satu sidang media khas.

Kali ini Manchester United memperkenalkan terus dihadapan ribuan penyokong sekali gus memadam resah para penyokong yang telah lama menanti pengumuman ini.

Kehadiran Raphael Varane jelas sekali bagi memantapkan lagi barisan pertahanan Manchester United. Varane turut menegaskan beliau sememangnya ingin berpindah keluar dari Real Madrid walaupun ditawarkan kontrak lanjutan. Ingin mencuba suasana baru dan bekerjasama dengan Ole merupakan punca Varane menerima tawaran United.

Advertisements

Musim lalu barisan pertahanan United telah dibolosi 44 kali dalam saingan Premier League. United benar-benar bergantung kepada pemain pertahanan termahal Premier League, Harry Maguire musim lalu dalam mengemudi blok pertahanan.

Kejayaan United mendapatkan pemain Perancis berusia 28 tahun ini menandakan bahawa United turut mampu membawa nama besar di bawah kendalian Ole Gunnar Solksjaer.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram