Rasmi: Jersi JDT Musim 2023 Tampil Penuh Kelainan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya melancarkan jersi baharu bagi saingan musim 2023.

Skuad Harimau Selatan terus menampilkan identiti sendiri dalam satu majlis penuh gemilang yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim.

Pasukan milik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) terus menjalinkan hubungan erat dengan penaja, Nike yang kekal bersama pasukan mengharungi cabaran musim baharu.

Advertisements

Jersi tuan rumah tampil dengan warna merah dan biru manakala jersi away pula berwarna putih seperti musim lalu.

Namun begitu, warna biru dan merah yang digunakan pada jersi home tersebut dengan sentuhan ‘military’.

Advertisements

Bahagian penaja utama juga menyaksikan tiada lagi jenama Unicef sebaliknya digantikan dengan JDT Fan Token.

Para penyokong nyata berpuas hati dengan usaha JDT untuk membawa identiti tersendiri bagi mengharungi musim 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram