Rasmi: Manny Ott Sertai Kedah

manny ott kedah kda fc Rasmi: Manny Ott Sertai Kedah
Foto: KDA FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pemain warisan Filipina & Jerman, Manuel Gelito Ott (Manny Ott) secara rasmi diumumkan sebagai pemain terbaru Kedah Darul Aman.

Beliau sebelum ini disebut-sebut bakal menyertai bekas ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain perkuat Kedah untuk musim baru 2023.

Bersama Terengganu, Manny Ott beraksi semusim dengan 21 perlawanan dan 5 bantuan gol di Terengganu sebagai pemain import kuota Asia Tenggara.

“Selamat datang Manuel Gelito Ott ke bumi Jelapang Padi! Pemain import baharu pasukan Sang Kenari ini berusia 30 tahun berasal dari Munich, Germany. Ott yang memiliki kerakyatan Filipina mengisi kuota pemain import Asean Sang Kenari.” umum media KDA FC di Twitter.