Rasmi: Thailand Tidak Sertai Pestabola Merdeka
Dunia
Changsuek
Advertisements

Juara Piala AFF 2022, Thailand difahamkan tidak akan menyertai kejohanan Pestabola Merdeka yang bakal diadakan September ini.

Hal ini telah pun disahkan oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) setelah difahamkan terdapat perbincangan antara pihak Thailand dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha FAT, Patit Suphaphongs sekaligus menyaksikan lawan tradisi Malaysia ini tidak mengambil bahagian.

Advertisements

Hal ini susulan skuad Gajah Perang mahu mengadakan kejohanan tahunan iaitu Piala Raja Thailand (King’s Cup) yang turut berlangsung dalam bulan yang sama.

4 pasukan berbaki iaitu Vietnam, Syria, Palestin masih belum mengumumkan penyertaan mereka namun India telah memaklumkan akan menyertai kejohanan berprestij ini.

Thailand yang kini berada pada kedudukan ke-111 dunia turut mempersiapkan pasukan menjelang kejohanan Piala Asia yang berlangsung hujung tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram