Rasmus Hojlund Menangis Jaringkan Gol Buat Man United
TV
Manchester United
Advertisements

Kemenangan 3-2 Man United ke atas Aston Villa pada awal pagi tadi bukan saja menamatkan penantian kemenangan United selepas empat perlawanan.

Malah, perlawanan ini istimewa buat penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund kerana menjaringkan gol pertamanya untuk The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Rembatan beliau yang menewaskan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez pada minit ke-82 memastikan United pulang dengan tiga mata.

Advertisements

Selepas menjaringkan gol berkenaan, Hojlund menitiskan air mata bila dikerumuni pemain-pemain United yang meraikan jaringan tersebut.

Emosi bekas penyerang Atalanta itu terserlah kerana beliau terpaksa menunggu 15 perlawanan atau lebih tepat 1026 minit perlawanan untuk menjaringkan gol.

Ramai penyokong United di Old Trafford memahami perasaan yang dialami Hojlund. Jadi, tidak hairanlah, mereka menyanyikan namanya dan memberi sorakan padu kepada penyerang berusia 20 tahun itu.

Advertisements

Selepas perlawanan, Hojlund mengakui gol tersebut memberi kelegaan kepadanya. Gol berkenaan merupakan gol keenamnya musim ini dalam 23 perlawanan.

“Saya orang paling gembira di dunia sekarang ini,” katanya kepada media seperti dilaporkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.

Ramai penyokong United berharap gol tersebut dapat membantunya menjadi lebih prolifik dalam EPL selepas ini.

Advertisements

The Red Devils akan bertandang ke City Ground pada awal pagi 30 Disember untuk menentang kelab Nottingham Forest.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram