Rayuan Pengurangan Denda JDT Ditolak
FAM
Azri / MakanBola
Advertisements

Rayuan yang dibuat oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan oleh FAM, Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah bermesyuarat buat kali keenam bagi penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Hal ini susulan perbincangan beberapa isu penting termasuklah berkenaan pembakaran suar yang terjadi di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Hasil perbincangan terhadap empat kes mendapati bahawa tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong Johor Darul Ta’zim membakar suar telah pun mencapai kata putus.

Jawatankuasa memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim telah ditolak.

Advertisements

Ini juga membawa kepada hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan.

Sebelum ini, Menurut kenyataan rasmi oleh Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman, surat berkenaan hukuman denda bagi kesalahan suar sudah dihantar ke JDT pada 31 Mei 2023.

Advertisements

“Bagi perlawanan Liga Super 2023, JDT lwn Sabah FC pada 31 Mac 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya melakukan pembakaran suar dalam anggaran sebanyak 10 unit dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.”

“Seterusnya, bagi perlawanan Liga Super 2023, JDT lwn Kedah Darul Aman FC pada 9 April 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya membakar suar secara serentak dengan jumlah lebih kurang 30 unit dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong.”

Advertisements

“Sementara bagi perlawanan Piala FA 2023, JDT lwn PDRM FC pada 14 April 2023, JDT telah didenda RM30,000 akibat tindakan penyokongnya menyalakan 29 unit suar secara serentak dan didenda RM10,000 kerana JDT telah didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga membolehkan kemasukan dan pembakaran suar oleh penyokong,” jelas Noor Azman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram