Razman Roslan: Malaysia Kekurangan Pemain Perancang Kreatif
Harimau Malaya
@razman_roslan13
Advertisements

Kekalahan 2-1 Malaysia kepada Vietnam dalam Kumpulan B semalam bukan sekadar memastikan skuad B-22 negara tersingkir dari Sukan SEA 2023. Malah, menurut bekas pemain pertahanan negara, Razman Roslan, ia turut mendedahkan betapa kurangnya tenaga kreatif di bahagian tengah Harimau Muda.

Pengamatan bekas pemain pertahanan Selangor itu dibuat selepas meneliti perlawanan-perlawanan Harimau Muda termasuk perlawanan menentang Vietnam semalam. Strategi jurulatih E. Elavarasan menggunakan bahagian tepi sebagai strategi menyerang Harimau Muda dilihat mudah dibaca pihak lawan.

Ini bukan saja memudahkan pihak lawan mengeluarkan bola. Malah, ia mengehadkan peluang buat pemain-pemain negara melakukan jaringan lebih-lebih lagi jika dikepung pemain pertahanan lawan.

Advertisements

“Kalau kita tengok cara permainan pasukan kebangsaan termasuk malam ini lebih terarah kepada ‘flank’. Kita tiada pemain yang efektif yang berupaya merencana serangan melalui bahagian tengah misalnya melakukan ‘through ball’ dan menghantar ‘killer pass’.

“Kita banyak serang dari belah tepi dan itu kita ada satu pilihan saja. Pemain pertahanan lawan akan menunggu di bahagian tengah untuk melakukan ‘clearance’ dari ‘crossing’.

Advertisements

“Kita kekurangan pemain yang kreatif di bahagian tengah. Memang sukarlah untuk kita mencapai kemenangan. Kalau kita nak menang, (kita perlu gol dari) bahagian tepi, bahagian tengah (dan) sepakan dari luar,” katanya semasa menjadi panel rancangan Nindia Bola di Astro Arena semalam.

Kelemahan sebegini perlu diambil serius bukan saja oleh Elavarasan tetapi juga jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Dengan Harimau Malaya juga gemar melakukan serangan dari bahagian tepi terutama di bahagian sayap, Pan-gon pasti mahu memastikan apa yang berlaku kepada Harimau Muda tidak akan berulang kepada skuad senior.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram