Amri Yahyah Nyatakan 4 Sebab Kenapa Pemain “Moden” Hanya Bertahan 1-2 Musim
TV
unifi
Advertisements

Dalam satu video reaksi pemain Liga Super Episod 2 unifi di YouTube, Amri Yahyah memberikan empat punca mengapa sebahagian pemain zaman sekarang hanya bertahan kurang dua musim.

Walaupun reaksinya ringkas namun nasihatnya menerima reaksi positif peminat bola sepak di ruangan komen video tersebut.

Ketika ditanya dengan soalan mengapa pemain-pemain lagenda seperti Amri Yahyah dan Safiq Rahim masih lagi konsisten tetapi pemain ‘moden’ beraksi baik hanya 1-2 musim kemudian menghilang, Amri memberikan jawapan ringkas:

Advertisements

“Ini sebab tidak menjaga pemakanan, lupa diri gaji dah besar nak action, lepas tu malas berlatih.”

Amri turut menambah diakhir rancangan reaksi unifi berkaitan pentingnya untuk bersikap positif dan tidak cepat putus asa.

Tonton video reaksi Amri dan pemain bola sepak lain di Reaksi Unifi.

Advertisements

“Lagi satu cepat putus asa, sekian.” Jelas Amri kepada unifi.

Amri Yahyah yang kini menjangkau usia 40 tahun berjaya menarik perhatian penyokong bola sepak Malaysia dengan beberapa aksi ‘geliga’ semasa perlawanan berlangsung untuk musim 2021.

Antara yang menarik perhatian adalah aksinya memperdaya barisan pertahanan pasukan KL City dan Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2021.

Advertisements

Dalam usianya menjangkau 40 tahun, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda bakal bersara dari dunia bola sepak malah turut berjaya membuat satu percubaan “sepakan basikal” ketika pasukan Sabah menentang Sri Pahang pada 28 Julai 2021.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram