Real Madrid Lepaskan ‘Messi Jepun’
Dunia
Marca
Advertisements

Messi Jepun atau nama sebenar Takefuso Kubo sah meninggalkan pasukan gergasi Eropah, Real Madrid pada musim ini. 

Takefuso Kubo difahamkan telah mencapai persetujuan bersama pasukan Real Sociedad dengan kontrak sehingga bulan Jun 2027. 

Real Sociedad membeli Messi Jepun ini dengan tandaharga 6.5 Juta dan turut difahamkan Real Madrid mempunyai hak 50 peratus ke atas klausa pembelian Takefuso Kubo.

Advertisements

Pemain berusia 21 tahun ini menyertai Real Madrid pada tahun 2019, namun beliau tidak pernah diturunkan dalam skuad skuad senior mahupun akademi dalam saingan Liga.

Sungguhpun begitu, pemain kelahiran Jepun ini telah dipinjamkan sepanjang kariernya sejak sertai Real Madrid.

Beliau pernah dipinjamkan ke RD Mallorca, Vilarreal, Getafe dan Real Sociedad. Ini membuktikan bahawa beliau mempunyai pengalaman yang baik di peringkat Eropah.

Advertisements

Pemain kelahiran Jepun ini dilihat bakal menjadi taruhan terbaik Real Sociedad bagi menghadapi saingan Liga Sepanyol dan Liga Europa sepanjang 2022-23. 

Mentaliti yang ada pada pemain muda ini harus dipuji kerana beliau tidak pernah membuat keputusan untuk pulang ke kampung halaman sebaliknya terus fokus untuk beraksi di peringkat tertinggi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram