Real Madrid Tidak Ingin Berbelanja Besar Musim Ini Kecuali Untuk Mbappe
Eropah
Advertisements

Musim ini, Real Marid telah kehilangan 2 tonggak utama benteng pertahanan mereka, Sergio Ramos dan Raphael Varane. Ramos menyertai PSG secara percuma manakala Varane dijual kepada Manchester United setelah menolak tawaran kontrak lanjutan.

Real Madrid hanya membawa masuk bintang Bayern Munich, David Alaba ketika ini. Kelab tersebut tidak melakukan sebarang rundingan terhadap mana-mana pemain kerana yakin dengan kemampuan Nacho Fernandez dan Eder Militao yang beraksi cemerlang musim lalu. Jesus Vallejo juga telah kembali dari pinjaman sekaligus menambah squad depth di bahagian pertahanan tengah.

Dani Carvajal juga telah melanjutkan kontrak beliau di Real Madrid sehingga June 2025. Kelab tersebut dilaporkan tidak akan membawa masuk pemain pertahanan baharu kecuali keadaan memaksa di mana mereka mungkin melakukan pembelian ketika jendela perpindahan bulan Januari 2022 dibuka.

Advertisements

Penyerang utama Real, Karim Benzema yang bakal tamat kontrak Jun 2022 bakal melanjutkan kontraknya di Real Madrid dalam beberapa minggu lagi. Vinicious Junior pula bukan untuk dijual walaupun terdapat kelab yang berminat terhadap pemain tersebut.

Kepulangan Gareth Bale, Takefusa Kubo, Dani Ceballos, Luka Jovic, Jesus Vallejo dan Martin Odegaard dari pinjaman juga bakal memperkuatkan lagi skuad utama Real Madrid. Namun Real juga bersedia melepaskan beberapa pemain menurut Mirror.

Odegaard masih berminat untuk menyarung jersi Real Madrid namun beliau juga terbuka untuk menyertai Arsenal. Arsenal dijangka bakal melakukan bidaan terhadap pemain kelahiran Norway itu.

Advertisements

Mengenai Mbappe, Real Madrid sememangnya menilai pemain tersebut sebagai dream signing namun tiada bidaan dilakukan buat masa kini. Real Madrid sentiasa bersedia melakukan bidaan sekiranya PSG ingin melepaskan pemain bintang itu. Mbappe kini mempunyai baki kontrak 1 tahun bersama PSG dan beliau juga masih berteka-teki tentang lanjutan kontraknya.

Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi bagaimananpun tidak ingin melepaskan bintang Perancis tersebut malah jutawan Arab tersebut sanggup berunding secara terus dengan Mbappe berkenaan isu kontrak kerana tidak ingin Mbappe meninggalkan PSG menurut laporan French Football News. Real Madrid dan Liverpool antara kelab yang berminat terhadap Mbappe ketika ini.

Ini bakal menjadi musim kedua Real Madrid tanpa melakukan sebarang perbelanjaan sekiranya tiada pembelian pemain selain David Alaba selepas mereka berhabis €355.5m pada musim 2019/2020 yang lalu.

Advertisements
https://youtu.be/nQ_v_l43wTQ
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram