Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui merasa gugup apabila diminta menyanyi oleh penyanyi terkenal, Misha Omar baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran video di Instagram, Hannah pada ketika itu sedang melihat telefon tanpa menyedari Misha sudah ada di belakangnya.
Beliau kemudiannya terkejut apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Bunga-Bunga Cinta itu meminta mengambil mikrofon daripadanya.
Hannah beberapa kali cuba menolak permintaan Misha untuk tidak menyanyi tetapi tidak berhasil.
Penyanyi berdarah Kelantan itu ketika itu sedang menyanyikan “Standing in the Eyes of The World” – lagu rasmi Sukan Komanwel 1998 milik Ella.
Pada akhirnya, Hannah akur dengan permintaan Misha lalu menyanyikan satu baris korus lagu tersebut. Beliau kemudiannya mengakui pengalaman tersebut menggentarkan dirinya.
“Terkejut saya Misha Omar tiba-tiba berdiri sebelah saya ajak saya nyanyi. Menakutkan kerana saya tak pandai nyanyi.
“Anda dapat lihat saya cuba berunding dengan Misha, saya kata suara saya tak keluar,” katanya di Instagram.
Sebaik video tersebut muncul di media sosial, ramai menganggap Hannah comel dan ada yang dikatakan sudah meminati Ahli Parlimen Segambut.
Video Penuh: Misha Omar Minta Hannah Yeoh Menyanyi