Rezal Harap Zamsaham Bawa Masuk Import Lebih Berkualiti Perkuat Kelantan
Dunia
Koleksi Peribadi Nixon Guylherme
Advertisements

Dengan berakhirnya cabaran dalam saingan Piala Malaysia musim ini, fokus Kelantan FC kini terarah kepada pembentukan skuad lebih mantap bagi musim depan.

Rombakan besar dijangka akan dibuat terutama pada barisan pemain, mengambil kira pasukan pantai timur itu memerlukan pemain yang lebih berkualiti bagi memberi tentangan di Liga Super.

Pengendali pasukan, Rezal Zambery Yahya memaklumkan setakat ini keputusan belum dibuat siapa akan kekal, disingkirkan ataupun dibawa masuk.

Advertisements

Namun, beliau meletakkan harapan tinggi terhadap pengurusan Kelantan FC agar mendapatkan pemain import yang lebih baik berbanding musim ini.

“Bagi saya satu perkara perlu diberi keutamaan adalah pemilihan pmain import, kita perlu ambil serius perkara ini. Saya percaya pemilik Kelantan FC sekarang ini sedang berusaha mencari import lebih berkualiti.

“Kita tahu Liga Super bukan macam Liga Perdana, kesemua pemain perlu ada kriteria penting untuk pasukan. Keupayaan individu perlu lebih baik untuk bantu kita terus bersaing, kita tengok Liga Super rata-rata pemain terutama import sangat berkualiti jadi tahun depan kita kena serius dalam pemilihan pemain, terutama import sebab mereka menjadi tunjang utama sesebuah pasukan.

Advertisements

“Kita lihat tahun ini Kelantan sendiri, saya kebanyakannya menurunkan pemain-pemain tempatan berbanding import di dalam kesebelasan sepanjang setengah musim. Inshaallah tahun depan lebih baik,” kata Rezal.

Baru-baru ini, pemilik Kelantan, Norizam Tukiman (Zamsaham) memaklumkan kelab itu akan mengisi kesemua sembilan kuota import yang dibenarkan MFL bagi musim baru, dengan pemain dari benua Afrika menjadi keutamaan.

Sebagai rekod, Kelantan pada awal musim ini telah diperkuatkan oleh Nixon Guyherme (Brazil), Kervens Belfort (Haiti), Nataneal Siringoringo (Indonesia) dan Fadel Antar (Lubnan).

Advertisements

Namun di pertengahan musim, Siringoringo dipinjamkan ke Dewa United manakala Fadel Antar pula digugurkan, dengan Kenta Hara dan Felipe Hereda pula dibawa masuk sebagai pengganti.

Sejurus selepas kemasukan Kenta dan Felipe, giliran Nixon dan Kervens pula ‘buat hal’ apabila dikhabarkan dibelenggu masalah kecederaan panjang dan tidak dapat diturunkan sehingga ke penghujung musim, menyaksikan skuad The Red Warriors gagal untuk menyaingi JDT II bagi merebut gelaran Liga Premier.

Manakala dalam saingan Piala Malaysia, cabaran mereka dinoktahkan JDT di peringkat suku akhir dengan agregat 8-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram