Ads
Reziq Bani Hani Bawa Semangat Cristiano Ronaldo Ke Selangor
Inspirasi
Selangor FC/Al-Nassr FC

Penyerang baru Selangor FC, Reziq Bani Hani berharap dapat menjadi peledak berbisa pasukan itu – sama seperti yang dilakukan idolanya, Cristiano Ronaldo.

Advertisements

Penyerang Jordan berusia 22 tahun itu menyertai Merah Kuning pada hari terakhir tetingkap perpindahan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Advertisements

Reziq menjadi pemain import terakhir pasukan itu selepas Ronnie Fernandez, Alvin Fortes dan Umarbek Eshmurodov.

Advertisements
Advertisements

Beliau yang pernah beraksi untuk kelab Al-Faisaly itu mengakui kagum dengan corak permainan Ronaldo sebagai peledak berbisa baik di peringkat kelab mahupun antarabangsa.

Reziq berharap dapat mengikut jejak langkah legenda Portugal itu dengan menyumbang gol buat Selangor apabila saingan liga bermula.

Advertisements

“Cristiano Ronaldo. Disebabkan oleh semangat beliau, gaya hidup beliau, cara beliau menjaringkan gol dan beliau suka menjaringkan gol,” katanya kepada bahagian media Selangor.

Bisa Reziq dijangka ditagih di bahagian serangan apabila Selangor turun untuk aksi kedua Liga Super mereka pada minggu hadapan.

Advertisements

Selepas menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih 2024/25 atas sebab keselamatan, Merah Kuning bakal turun menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 18 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram