Riau FC Terima Tajaan Syarikat Gergasi
Dunia
Zamsaham
Advertisements

Kelab berpengkalan di Indonesia, PSPS Riau FC memperoleh khabar gembira selepas dikhabarkan menerima tajaan syarikat gergasi berpengkalan di Jakarta, Indonesia.

Riau FC yang dimiliki hartawan Malaysia, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham kini menerima beberapa khabar positif berkaitan pembangunan perniagaan kelab berkenaan seperti yang dicatat oleh Zamsaham menerusi hantaran terbarunya di Facebook.

Dalam pada itu, beliau juga tidak menduga ada sebuah syarikat dari Jakarta sudah mula meletakkan kepercayaan dengan kelabnya dan sudah pasti beliau ada sasaran untuk membawa PSPS ke Liga 1 Indonesia.

Advertisements

Untuk rekod, PSPS atau nama penuhnya Persatuan Sepak Bola Pekanbaru dan Sekitarnya berpangkalan di Pekanbaru, Riau mula ditubuhkan pada 1955.

Ketika ini pasukan berkenaan yang dikendalikan Raja Isa beraksi di Liga 2 Indonesia dengan kali terakhir bermain di divisyen utama pada 2014.

PSPS juga kelab pertama yang disertai oleh pemain import Terengganu ketika ini iaitu Makan Konate ketika memulakan karier di Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram