Pemain berdarah Malaysia yang kini beraksi di England, Richard Chin kembali mencuri tumpuan selepas mempamerkan aksi terbaik bersama kelabnya, Farnborough FC.
Richard atau nama penuhnya Richard Li Hua Chin, 22 tahun, telah disenaraikan sebagai salah sorang pemain muda untuk diperhatikan bagi saingan National League South di England.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Non League Gems, nama Richard menjadi perhatian selepas menyumbangkan sejumlah 10 gol dan bantuan gol dalam 21 penampilan.
“Salah seorang pemain muda terbaik dalam National League South musim ini ialah pemain Farnborough Richard Chin.
“Pemain remaja antarabangsa Malaysia berusia 22 tahun itu mempunyai 10 gol beserta assist dalam hanya 21 penampilan liga dan sebelum ini berpengalaman bermain untuk Charlton Athletic,” umum Non League Gems di laman Instagram.
Sebagai info, National League South merupakan liga divisyen keenam dalam kasta Liga Inggeris dan Farnborough kini menduduki tangga ke-10 bagi kumpulan selatan.
Sebelum menyertai Farnborough, Richard merupakan pemain Charlton Athletic sebelum meninggalkan kelab tersebut pada Ogos 2024.