Robert Lewandowski Beri Bayangan Dah Tawar Hati Dengan Bayern Munich
Dunia
Robert Lewandowski
Advertisements


Penyerang handalan Bayern Munich, Robert Lewandowski mula bermain tarik tali mengenai masa depannya bersama kelab tersebut.

Beliau yang kini menghampiri penghujung baki kontraknya bersama kelab Jerman itu dilaporkan sudah pun mempertimbangkan perancangan untuk mencari kelab baharu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik okeh jurnalis terkenal Itali, Fabrizio Romano, beliau mendedahkan temubual yang dijalankan terhadap penyerang kebangsaan Poland ini.

Advertisements

Dalam temubual tersebut, beliau tidak memberi jawapan mengenai tawaran yang dilakukan oleh pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona.

“Perpindahan ke Barcelona? Ia bergantung kepada beberapa faktor.”

“Saya rasa situasi saya jelas dan saya rasa tiada gunanya kita berbicara tentang perkara ini.”

Advertisements

Namun begitu, beliau tetap tidak memberi jawapan mengenai masa depan beliau bersama juara Jerman itu setelah difahamkan beliau sendiri mahu bergabung dengan Bercelona yang dikendalian oleh Xavi.

Lewandowski juga mengaku bahawa sukar untuk beliau mengatakan keputusannya akhirnya untuk kekal atau sebaliknya.

“Susah untuk saya memberi jaminan yang saya akan kekal di sini (Bayern),” jelasnya dalam temubual itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram