Pemain pertahanan Kedah FC, Rodney Celvin beraksi cemerlang apabila berjaya mencetak gol pertama peribadinya musim ini dalam saingan Liga Super 2022.
Rodney berjaya melakukan tapping mudah ke gawang gol selepas bola muntah yang di tampan oleh penjaga gol Sri Pahang, Samassa daripada tandukan deras Syafiq Ahmad melalui sepakan penjuru.
Percaturan Aidil Shahrin untuk memberi kepercayaan kepada Rodney ketuai benteng pertahanan Kedah FC berjaya catat rekod tanpa kalah sepanjang tiga perlawanan.
Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun ini berjaya menjaringkan satu gol serta mencatat satu ‘cleansheet‘ dalam 3 penampilannya bersama Kedah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Aksi cemerlangnya bersama Kedah sepanjang tiga perlawanan ini sewajarnya diberi perhatian oleh jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.