Rodrigo Hogaldo Akan Main Lawan Vietnam? Ini Jawapan Presiden FAM
MakanBola
ADC/FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Joehari Bin Ayub menjelaskan status calon pemain warisan Harimau Malaya, Rodrgio Hogaldo.

Skuad Harimau Malaya baru sahaja selesai mengharungi aksi pemanas badan berdepan Cape Verde pada Khamis sebagai persiapan menghadapi Vietnam untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia.

Di kala persiapan rancak dibuat, para peminat masih menanti kehadiran pemain warisan baharu Malaysia yang dikhabarkan beraksi di Colombia ketika ini untuk America de Cali, Rodrigo Hogaldo.

Nama Holgado menjadi sebutan ramai apabila laporan media di Colombia mengatakan bahawa beliau layak wakili Harimau Malaya miliki susur galur dari nenek belah ibu yang berdarah Malaysia.

Lantaran itu, Datuk Seri Joehari Ayub selaku Presiden FAM menjelaskan bahawa Rodrgio Hogaldo masih belum dapat dipastikan kehadirannya pada aksi menentang Vietnam nanti.

”Tentang itu (Rodrigo Hogaldo main lawan Vietnam), kita (FAM) belum pasti,” kata Datuk Seri Joehari Ayub menurut laporan Harimau Malaya.

Malah, beliau turut meminta agar penyokong Harimau Malaya menunggu pengumuman atau pengesahan yang akan dibuat sendiri oleh jurulatih pasukan kebangsaan, Peter Cklamovski.

”Kita tunggu pengumuman daripada jurulatih (Peter Cklamovski),” kata beliau yang ditemui pihak media di Wisma FAM pada Jumaat.

Terdahulu, Peter Cklamovski mengesahkan bahawa nama Rodrigo Hogaldo termasuk salah seorang calon Malaysian Abroad yang berpotensi besar untuk memperkuat pasukan negara.

Walau bagaimanapun, proses dokumentasi pemain berusia 29 tahun itu masih belum dapat dipastikan sama ada sudah pun selesai atau pun masih sedang diusahakan oleh pihak berwajib.