Romel Morales Bakal Jadi Model Naturalisasi Gred-A Harimau Malaya
Dunia
KLCityFootball
Advertisements

Penyerang berbisa pasukan KL City FC, Romel Morales dijangka menjadi antara model naturalisasi terbaik untuk Harimau Malaya pada masa akan datang.

Beliau yang sudahpun menepati syarat lima tahun beraksi dan menetap di Malaysia bakal menjadi prospek naturalisasi terbaik negara atas faktor kerelevenan usia dan memiliki kelebihan fizikal yang baik.

Ketika Romel ditanya wartawan Harimau Malaya tentang hasrat peminat yang mahu melihat beliau dinaturalisasikan, pemain import terbaik ABK 2021 ini mengakui bahawa beliau sedar akan perkara itu.

Advertisements

“Ya, saya ambil tahu perkembangan semasa dan tentang perkara itu. Saya amat menyukai kehangatan bola sepak Malaysia namun fokus saya ketika ini adalah terhadap pasukan dalam setiap perlawanan mendatang.”

“Semestinya jika ada peluang, saya akan berikan yang terbaik. Saya akan berikan 100 peratus terhadap apa jua peluang yang berikan.”

Dalam pada itu, pemain yang berusia 24 tahun ini turut menzahirkan rasa teruja dapat meneruskan karier untuk kekal bermain di Liga Malaysia.  

Advertisements

“Sudah hampir 5 tahun berada disini dan saya suka menetap di Malaysia. Saya anggap ia satu keistimewaaan buat diri dapat bermain disini,” ujar Romel kepada Harimau Malaya.

Memiliki keistimewaan dari segi penyudah yang tepat serta bijak membaca permainan, pemain ini menjadi nadi kepada kemenjadian skuad bimbingan Bojan Hodak ketika menjulang piala pada musim lepas.

Mula berkelana di Malaysia sebagai pemain PKNS FC pada 2018, khidmat penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 ini terus menjadi sandaran utama pasukan KL City menjelang aksi Piala AFC kelak.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram