Romel Morales, penjaring gol kemenangan KL City ke atas Sri Pahang berjanji akan melakukan yang terbaik untuk melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia.
Penyerang berusia 26 tahun itu muncul wira KL City apabila jaringan menerusi sepakan penalti pada babak kedua permainan berjaya memberi kemenangan tipis 1-0 kepada KL City.
“Terima kasih atas sokongan anda, penyokong KL City. Kami datang ke sini untuk menang dan ini adalah untuk anda semua. Kami akan berjuang habis-habisan untuk perlawanan akan datang dan ayuh mara ke separuh akhir.” ujar Romel Morales setelah tamat perlawanan.
KL City kini memiliki kelebihan satu gol untuk aksi kedua suku akhir kelak dan bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur pada Ahad ini.
KL City dihadiahkan sepakan penalti setelah Syazwan Andik menjatuhkan Paulo Josue didalam kawasan kotak penalti.
Jika KL City atau Sri Pahang berjaya melangkah ke separuh akhir kelak, mereka dijadualkan bakal menentang pasukan Terengganu ataupun Selangor.