Ads
Romel Morales Pastikan Keraian Kunang-Kunang Kedah Tidak Bertahan Lama
Piala FA
Johor Southern Tigers

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales memastikan keraian penyokong Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) semalam tidak bertahan lama.

Advertisements

Terdahulu, Kedah berjaya mendapatkan jaringan penyamaan melalui Habib Haroon pada minit ke-87. Selepas jaringan tersebut disahkan, seluruh stadium menyalakan cahaya menggunakan telefon pintar dan atmosfera tersebut berjaya dirakam lensa MakanBola.

Advertisements

Keraian penyokong Kedah yang seakan-akan melihat kunang-kunang pada waktu malam itu hanya bertahan seketika selepas Romel Morales menjaringkan gol kemenangan JDT pada masa kecederaan dan seterusnya menghadiahkan kemenangan berharga 2-1 buat JDT di Darul Aman.

Advertisements
Advertisements

Pada aksi sengit separuh akhir JDT dan Kedah semalam, JDT terlebih dahulu di hadapan menerusi penyudah Oscar Arribas pada minit ke-24 selepas menyudahkan hantaran daripada Heberty.

Separuh masa pertama ditutup dengan JDT mendahului 1-0 di hadapan.

Advertisements

Kedah tampil lebih bernafsu di separuh masa kedua dan hasilnya Habib Haroon berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-87 sebelum Romel Morales yang masuk sebagai pemain gantian, menjaringkan gol kemenangan di hujung perlawanan.

Advertisements

Kemenangan 2-1 itu agak melegakan JDT yang membawa bekalan dua gol di gelanggang lawan untuk aksi separuh akhir kedua di gelanggang sendiri pada 4 Ogos depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram